Membentuk zuriat yang soleh

Membentuk zuriat yang soleh.

Kematian Dr Haron Din mengajarkan kita beberapa perkara. Hal ini bukanlah diajarkan oleh Allahyarham secara langsung. Namun Allah menzahirkannya di mata hati yang tidak terbelenggu.

Pertama:
Allahyarham mengajarkan kita suatu sunnah iaitu jenazah dikebumikan di tempat ruh ditarik.

Kedua:
Mentarbiah anak-anak dan keturunan supaya beragama sehingga tidak memerlukan bantuan orang lain untuk keperluan peribadi seperti imam solat jenazah.

Ketiga:
Berbakti untuk agama dan masyarakat dengan akhlak yang baik sehingga mereka bakal menjadi saksi amal kebaikan kita pada akhirat kelak.

Di Malaysia, solat jenazah ghaib diimami oleh cucu Allahyarham, Hakeem bin Hamdi yang berumur 17 tahun di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Hal ini mengingatkan saya suatu kisah yang terdahulu iaitu pada saat ibu Dr Haron Din meninggal dunia dalam keadaan sujud. Jenazah ibu ini diurus oleh ketiga-tiga anaknya iaitu Dr Haron Din, Datuk Abu Hassan Din dan Ustaz Ishak Din dari awal hingga akhir.

Mereka tidak berhajat kepada orang lain untuk memandikan jenazah atau mengkafankan jenazah atau mengimami solat jenazah kerana hasil daripada didikan ibu ini, ketiga-tiga anaknya menjadi anak yang berbakti kepadanya dunia dan akhirat.

Bagaimana pula kita membentuk anak-anak kita?

Adakah semata-mata menjadi doktor/pilot/engineer/guru atau lain-lain yang bakal meninggalkan urusan jenazah kita kepada orang upahan?

Masih belum terlambat, doronglah anak-anak agar meminati ilmu agama dan akhlak beragama.

Hanya Allah Maha Mengetahui
Perkara Yang Benar.

@islamitu_indah
#copypaste

Comments

Popular posts from this blog

ZAPIN KESYUKURAN

Alam dan pemerhatianku

Doa yang indah