Posts

Showing posts from September, 2017

Islam itu indah

Islam Itu Indah: Apabila manusia mati maka ia akan ditanam dalam kubur. Pernahkah kita terfikir apa yang akan berlaku selepas itu. Alam yang dilalui selepas itu disebut alam Barzakh. Alam Barzakh ialah alam kubur yang dialami oleh orang yang telah mati dan akan berpanjangan hingga hari kiamat. Dalam Al-Qur’an serta Hadis sudah banyak digambarkan bagaimana pedihnya siksa azab pendam untuk manusia yang berdosa serta tak beriman pada Allah swt. Tiap-tiap yang bernafas pastinya akan alami kematian, tidak kecuali manusia. Tak ada makhluk ciptaan Allah yang akal abadi kekal,  semuanya bakal alami kematian dengan saat yang sudah tentukan Allah. Pedihnya siksa kubur untuk manusia yang berdosa banyak digambarkan dalam Al-Qur’an serta hadis. Tiap-tiap manusia yang banyak lakukan dosa besar semasa hidupnya di dunia bakal memperoleh balasan berlipat lipat didalam kuburnya. Sungguh celaka untuk tiap tiap manusia yg tidak beriman pada Allah serta banyak lakukan dosa sepanjang hidupnya di dunia

Membentuk zuriat yang soleh

Image
Membentuk zuriat yang soleh. Kematian Dr Haron Din mengajarkan kita beberapa perkara. Hal ini bukanlah diajarkan oleh Allahyarham secara langsung. Namun Allah menzahirkannya di mata hati yang tidak terbelenggu. Pertama: Allahyarham mengajarkan kita suatu sunnah iaitu jenazah dikebumikan di tempat ruh ditarik. Kedua: Mentarbiah anak-anak dan keturunan supaya beragama sehingga tidak memerlukan bantuan orang lain untuk keperluan peribadi seperti imam solat jenazah. Ketiga: Berbakti untuk agama dan masyarakat dengan akhlak yang baik sehingga mereka bakal menjadi saksi amal kebaikan kita pada akhirat kelak. Di Malaysia, solat jenazah ghaib diimami oleh cucu Allahyarham, Hakeem bin Hamdi yang berumur 17 tahun di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Hal ini mengingatkan saya suatu kisah yang terdahulu iaitu pada saat ibu Dr Haron Din meninggal dunia dalam keadaan sujud. Jenazah ibu ini diurus oleh ketiga-tiga anaknya iaitu Dr Haron Din, Datuk Abu Hassan Din dan Usta

. . . .

Image
❤ Kita sebagai hamba Allah Swt Al-Quran menyebut bahawa manusia itu dekat    kepada Allah, dan Allah dekat kepada manusia. Tidak ada batas dan tidak ada pengantara yang menjadi halangan bagi hubungan langsung antara manusia dengan Tuhannya. Setiap insan dapat memuja,memuji,berdoa dan memohon kepada Allah tanpa penghubung atau perantara. Demikianlah darjat dan kemuliaan manusia pasa sisi Allah. Firman Allah : "Apabila hamba-hambaKu bertanya kepada engkau tentang Aku,maka sesungguhnya aku dekat. Aku akan memperkenankan doa org yang mendoa kepadaKu,apabila ia mendoa kepadaKu. sebab itu hendaklah mereka memperkenankan seruanKu dan beriman kepadaKu,supaya mereka dapat menempuh jalan yang benar." ❤ السلام علیکم ورحمه الله وبرکاته ﺑِﺴۡـــــــــﻢِ ﭐﻟﻠّٰﻪِ ﭐﻟﺮَّﺣۡـﻤَـٰﻦِ ﭐﻟﺮَّﺣِـــــــﻴْﻢ Kalau kita tidak bahagia dengan apa yg Allah beri, itu tandanya hati kita ada penyakit yg sedang kita deritai. Kalau kita tidak pernah puas dengan apa yg Allah beri, itu tandanya kita menghidap

Amalan harian yg sepatutnya kita buat:

Image
1. Bangun malam (sekitar jam 3 pg) - mandi dn ambil wuduk. 2. Solat Sunat Wuduk. 3. Solat Sunat Taubat. 4. Solat Sunat Tahajjud (8 rakaat). 5. Solat Sunat Hajat (minta Allah swt makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita minta) 6. Solat Sunat Witir 3 rakaat. 7. Istighfr 100x 8. Tahlil 300x 9. لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ. 40x 10. tasbih 40x 11. Solat sunat fajar 12. Solat subuh. 13. Baca Yaasiin lepas subuh. 14. Solat Sunat Dhuha 6 rakaat. 15. Solat Zohor -solat sunat sebelum -solat sunat selepas 16. Solat Asar -solat sunat sebelum 17. Solat maghrib -solat sunat selepas 18. Solat Isya' -solat sunat sebelum -solat sunat selepas 19. Sebelum tidur baca : - Al-Quran - Surah Al-Mulk - Surah Sajjadah - Surah Al-Waqiah 20. Setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit. “Di dunia bukan tempat utk berehat, tetapi tempat utk beribadat." [Ustaz Ismail Kamus] @ImanQowiyy #copypaste #channeltelegram

Kisah BENAR Ayah, Anak Gadis dan PURDAH yang pasti menginsafkan Sesiapa yang Membacanya

Image
"Ayah, kenapa tak bagi saya pakai purdah? I love niqab so much!" Anak gadisnya yang baru daftar universiti itu mengajukan soalan yang sama sejak malam semalam. Ayahnya sejak malam tadi cuma senyum. Tapi, hari ini, nampaknya dia akan bersuara. "Ayah nak tanya satu soalan. Perhatikan pakaian kamu sekarang, adakah masih tidak menutup aurat?" Anaknya menggelengkan kepala. "Sudah cukup asas yang wajibnya. Sudah tutup yang mana wajib tutup. Adakah ayah nak halang saya dari pakai niqab sebagaimana pakaian isteri Nabi s.a.w.?" Ayahnya cuma tersenyum. "Tidak. Ayah bukan nak halang. Tidak juga menidakkan andai dikatakan purdah itu jua sunnah sebagaimana lelaki memakai serban. Sedikit pun bukan kerana hukum." Anaknya berpeluk tubuh, tidak puas hati. "Habis tu?" Ayahnya tenang. "Berapa ramaikah lelaki yang mengganggu kamu sampai saat ini? Seorang, dua orang atau dua puluh orang?" Anaknya berkerut kening. "Tidak sampai s