Posts

Showing posts from 2017

Doa Dhuha

Image
Doa Dhuha بسم الله الرحمن الرحيم Allahumma Innadh Dhuha-A Dhuha-Uka Wal  Bahaa-A Bahaa-Uka Wal Jamaala Jamaaluka Wal Quwwata Quwatuka Wal Qudrata Qudratuka Wal Ishmata Ishmatuka Allahuma Inkaana Rizqi Fis Samma-I Fa Anzilhu Wan Inkaana Fil Ardhi Fa-Akhrijhu Wa Inkaana Mu’asiran Fayassirhu Wa Inkaana Haraaman Fathahhirhu Wa Inkaana Ba’idan Fa Qaribhu Bihaqqiduhaa-Ika Wa Bahaaika Wa Jamaalika Wa Quwwatika Wa Qudratika Aatini Maa Ataita Min’Ibadikash Shalihin Ya Allah Sesungguhnya Waktu Dhuha itu DhuhaMU Kecantikannya KecantikanMU Keindahannya KeindahanMU Kekuatannya KekuatanMU Kekuasaannya KekuasaanMU Perlindungannya PerlindunganMU Ya Allah Jika rezeki masih di langit, turunkanlah Jika di bumi, keluarkanlah Jika sukar, permudahkanlah Jika haram, sucikanlah Jika jauh, dekatkanlah Berkat waktu Dhuha KecantikanMU, keindahanMU KekuatanMU, kekuasaanMU Limpahkan kepadaku segala Yang Engkau telah limpahkan Kepada hamba-hambaMU yang soleh #cp  📚📚📚

AKHLAK BAGINDA RASULULLAH S.A.W

Image
AKHLAK RASULULLAH MUHAMMAD SAW ١. Baginda selalu diam. ٢. Berbicara ketika perlu. ٣. Perbicaraannya fasih, ringkas tetapi padat . ٤. Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dengan seseorang. ٥. Hatinya selalu sedih (inginkan umat dalam kebaikan dan terlepas dari azab الله  swt). ٦. Selalu menundukkan pandangan kerana tawaddu’. ٧. Berfikir terus-menerus. ٨. Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya. ٩. Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka, Baginda akan makan. Jika tidak, ditinggalkannya tanpa mencelanya. ١٠ . Tidak pernah marah yang ada kaitan dengan urusan dunia. ١١ . Marah bukan kerana nafsu. ١٢ . Apabila kebenaran dipermainkan, Baginda akan bangkit untuk berusaha mempertahankannya. ١٣ . Apabila marah Baginda akan memalingkan muka. ١٤ . Apabila suka Baginda akan memejamkan mata. ١٥ . Tidak pernah berkata kotor, berbuat keji dan melampaui batas. ١٦ . Tidak pernah berteriak-teriak di pasar. ١٧ . Tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan

Kata2 nasihat

Image
Setiap manusia tidak lari daripada menghadapi pelbagai masalah. Bila kita merasakan tidak ada tempat mengadu, hilang arah tujuan, ingatlah sesungguhnya tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala. Kembalilah kepada ALLAH, berserahlah sepenuhnya kepada ALLAH. Yakin lah Dia tidak pernah meninggalkan kita sendirian. Suburkanlah iman di hati dan selalu menginsafi diri. Sesungguhnya setiap ujian itu adalah pembuka jalan untuk kembali kepada ALLAH. Inilah caranya ALLAH menuntun kita agar tidak jauh daripadaNya. Mintalah pertolongan daripadaNya dengan menggandakan kuasa sabar dan memperbanyakkan solat. Perteguhkan tawakkal dan redha dengan takdirNya. Kembalilah kepada ALLAH dengan memilih jalan kehambaan. In sha ALLAH di situ akan ada tempat bagi melabuhkan jiwa yang kepenatan. Muhasabah Diri Segala Puji Bagi ALLAH. INGINKAN SYURGA PERLU ADA USAHA. Bersyukurlah Allah telah menjadikan kita sebagai seorang islam, kerana Allah telah memilih kita

Kata2 nasihat

IBRAH DARI SURAH AL KAHFI Isi penting surah al-Kahfi dimana terdapat empat (4) kisah utama didalamya. Dari sudut Ibrahnya, empat (4) kisah itu mengandungi setiap satunya membawa kepada tatacara menguruskan kehidupan iaitu: Kisah 1 - pengurusan spritual (aqidah) Kisah 2 - pengurusan fizikal (harta) Kisah 3 - pengurusan intelektual (ilmu) Kisah 4 - pengurusan emosional (authority) atau (kekuasaan) Cuba kita lihat pada kisah yang ketiga berdasar kepada peristiwa perjalanan Nabi Musa dan Khidir. Apa yang dapat kita cerap dari kisah ini??? Mengurus ilmu adalah mengurus disiplin ilmu,  membetulkan konsep asas ilmu, bagaimana membezakan ilmu itu dari Allah atau dari fitnah syaitan yang seumpamanya juga saperti fitnah harta, manusia yang terfitnah dengan ilmu dengan wujudnya rasa semakin banyak ilmu lebih rasa mulia berbanding dengan orang lain. Disamping itu ada ilmu yang tak dapat dipelajari melalui buku atau kelas tapi melalui pengalaman, pemerhatian dan perjalanan. Adalah silap j

Kata2 nasihat

TIGA FASA DALAM KEHIDUPAN MANUSIA 1. Di umur Remaja, kamu miliki masa dan tenaga. Tapi kamu tidak mempunyai harta. 2. Ketika fasa bekerja, kamu miliki harta dan tenaga. Tapi kamu tidak mempunyai masa. 3. Ketika fasa usia warga emas, kamu miliki harta dan masa. Tapi kamu tidak mempunyai tenaga. Inilah kehidupan. Ketika dianugerahkan sesuatu kepada kamu, diambil sesuatu yang lain dari kamu. Kita selalu percaya kehidupan orang lain lebih baik daripada kita. Orang lain pula percaya kehidupan kita lebih baik daripada mereka. Semua itu terjadi kerana kita kehilangan sesuatu yang penting dalam kehidupan kita dan ia adalah : (Merasa Cukup dan Bersyukur dengan Kecukupan ini) Yang hidup dikampung berasa nak ke bandar, yang dibandar pula ingin pulang ke kampung. Bila hujan, kita tanya bila nak kemarau. Di musim kemarau kita tanya bila la hujan nak turun. Bila duduk di rumah, rasa nak keluar, bila keluar pula rasa ingin  pulang ke rumah. Waktu sunyi kita nak kepada orang ramai, bila r

RENUNGAN

Berinteraksi Dan Bersabar Dengan Manusia عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُؤْمِنُ الَّذِي يُخَالِطُ النَّاسَ وَيَصْبِرُ عَلَى أَذَاهُمْ أَعْظَمُ أَجْرًا مِنْ الْمُؤْمِنِ الَّذِي لَا يُخَالِطُ النَّاسَ وَلَا يَصْبِرُ عَلَى أَذَاهُمْ Dari Ibnu Umar, Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin yang bercampur (berinteraksi) dengan manusia dan bersabar atas perbuatan buruk mereka lebih besar ganjaran untuknya dari mereka yang tidak bercampur (berinteraksi) dengan manusia dan tidak bersabar atas perbuatan buruk mereka." (HR Ibnu Majah No: 4022) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 📚Kewujudan kita di tengah-tengah masyarakat Islam dan bukan Islam atau masyarakat yang tidak menghayati Islam adalah suatu yang dipuji. Kehadirannya menjadi sumber peluang bagi memperoleh kebaikan yang banyak bagi sesiapa yang bersifat positif dan mahu meraihnya. 📚Keberadaan muslim dalam kelompok manusia merupakan peluang untuk menyampaikan dakwah, menjadi pen

NASIHAT² KEHIDUPAN:

Image
TIGA FASA DALAM KEHIDUPAN MANUSIA 1. Di umur Remaja, kamu miliki masa dan tenaga. Tapi kamu tidak mempunyai harta. 2. Ketika fasa bekerja, kamu miliki harta dan tenaga. Tapi kamu tidak mempunyai masa. 3. Ketika fasa usia warga emas, kamu miliki harta dan masa. Tapi kamu tidak mempunyai tenaga. Inilah kehidupan. Ketika dianugerahkan sesuatu kepada kamu, diambil sesuatu yang lain dari kamu. Kita selalu percaya kehidupan orang lain lebih baik daripada kita. Orang lain pula percaya kehidupan kita lebih baik daripada mereka. Semua itu terjadi kerana kita kehilangan sesuatu yang penting dalam kehidupan kita dan ia adalah : (Merasa Cukup dan Bersyukur dengan Kecukupan ini) Yang hidup dikampung berasa nak ke bandar, yang dibandar pula ingin pulang ke kampung. Bila hujan, kita tanya bila nak kemarau. Di musim kemarau kita tanya bila la hujan nak turun. Bila duduk di rumah, rasa nak keluar, bila keluar pula rasa ingin  pulang ke rumah. Waktu sunyi kita nak kepada orang ramai, bila ra

NASIHAT² KEHIDUPAN

DIA memberiku hidup, tapi aku selalu lupa akan kematian. DIA meberikan ku sihat, tapi aku hanya ingat ketika sakit. DIA memberiku nafas, tapi aku sering lupa berterima kasih. DIA memberiku tangan dan kaki, tapi aku menggunakannya untuk bermaksiat. DIA memberiku rezeki, tapi aku tidak ingat siapa pemberinya. DIA selalu memaafkan segala kesalahan, tapi aku selalu mengulanginya lagi. DIA selalu memberiku harapan, tapi aku justeru mengambil keputus asa an. DIA memberiku rasa cinta, tapi aku menyalah gunakan rasa itu. Ketika ingat semua hal itu, kita harus malu. Semoga renungan ini bermanfaat... @quotephotovideo Suatu hari, aku bertanya kepada guru. Aku : "Bagaimana caranya agar kita mendapatkan sesuatu yang paling sempurna dalam hidup..?" Guru : "Berjalanlah lurus di taman bunga, lalu petiklah bunga yang paling indah dan jangan kembali kebelakang..!" Setelah berjalan dan sampai di hujung taman, aku kembali dengan tangan kosong. Lalu Guru bertanya

Islam itu indah

Islam Itu Indah: Apabila manusia mati maka ia akan ditanam dalam kubur. Pernahkah kita terfikir apa yang akan berlaku selepas itu. Alam yang dilalui selepas itu disebut alam Barzakh. Alam Barzakh ialah alam kubur yang dialami oleh orang yang telah mati dan akan berpanjangan hingga hari kiamat. Dalam Al-Qur’an serta Hadis sudah banyak digambarkan bagaimana pedihnya siksa azab pendam untuk manusia yang berdosa serta tak beriman pada Allah swt. Tiap-tiap yang bernafas pastinya akan alami kematian, tidak kecuali manusia. Tak ada makhluk ciptaan Allah yang akal abadi kekal,  semuanya bakal alami kematian dengan saat yang sudah tentukan Allah. Pedihnya siksa kubur untuk manusia yang berdosa banyak digambarkan dalam Al-Qur’an serta hadis. Tiap-tiap manusia yang banyak lakukan dosa besar semasa hidupnya di dunia bakal memperoleh balasan berlipat lipat didalam kuburnya. Sungguh celaka untuk tiap tiap manusia yg tidak beriman pada Allah serta banyak lakukan dosa sepanjang hidupnya di dunia

Membentuk zuriat yang soleh

Image
Membentuk zuriat yang soleh. Kematian Dr Haron Din mengajarkan kita beberapa perkara. Hal ini bukanlah diajarkan oleh Allahyarham secara langsung. Namun Allah menzahirkannya di mata hati yang tidak terbelenggu. Pertama: Allahyarham mengajarkan kita suatu sunnah iaitu jenazah dikebumikan di tempat ruh ditarik. Kedua: Mentarbiah anak-anak dan keturunan supaya beragama sehingga tidak memerlukan bantuan orang lain untuk keperluan peribadi seperti imam solat jenazah. Ketiga: Berbakti untuk agama dan masyarakat dengan akhlak yang baik sehingga mereka bakal menjadi saksi amal kebaikan kita pada akhirat kelak. Di Malaysia, solat jenazah ghaib diimami oleh cucu Allahyarham, Hakeem bin Hamdi yang berumur 17 tahun di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Hal ini mengingatkan saya suatu kisah yang terdahulu iaitu pada saat ibu Dr Haron Din meninggal dunia dalam keadaan sujud. Jenazah ibu ini diurus oleh ketiga-tiga anaknya iaitu Dr Haron Din, Datuk Abu Hassan Din dan Usta

. . . .

Image
❤ Kita sebagai hamba Allah Swt Al-Quran menyebut bahawa manusia itu dekat    kepada Allah, dan Allah dekat kepada manusia. Tidak ada batas dan tidak ada pengantara yang menjadi halangan bagi hubungan langsung antara manusia dengan Tuhannya. Setiap insan dapat memuja,memuji,berdoa dan memohon kepada Allah tanpa penghubung atau perantara. Demikianlah darjat dan kemuliaan manusia pasa sisi Allah. Firman Allah : "Apabila hamba-hambaKu bertanya kepada engkau tentang Aku,maka sesungguhnya aku dekat. Aku akan memperkenankan doa org yang mendoa kepadaKu,apabila ia mendoa kepadaKu. sebab itu hendaklah mereka memperkenankan seruanKu dan beriman kepadaKu,supaya mereka dapat menempuh jalan yang benar." ❤ السلام علیکم ورحمه الله وبرکاته ﺑِﺴۡـــــــــﻢِ ﭐﻟﻠّٰﻪِ ﭐﻟﺮَّﺣۡـﻤَـٰﻦِ ﭐﻟﺮَّﺣِـــــــﻴْﻢ Kalau kita tidak bahagia dengan apa yg Allah beri, itu tandanya hati kita ada penyakit yg sedang kita deritai. Kalau kita tidak pernah puas dengan apa yg Allah beri, itu tandanya kita menghidap

Amalan harian yg sepatutnya kita buat:

Image
1. Bangun malam (sekitar jam 3 pg) - mandi dn ambil wuduk. 2. Solat Sunat Wuduk. 3. Solat Sunat Taubat. 4. Solat Sunat Tahajjud (8 rakaat). 5. Solat Sunat Hajat (minta Allah swt makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita minta) 6. Solat Sunat Witir 3 rakaat. 7. Istighfr 100x 8. Tahlil 300x 9. لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ. 40x 10. tasbih 40x 11. Solat sunat fajar 12. Solat subuh. 13. Baca Yaasiin lepas subuh. 14. Solat Sunat Dhuha 6 rakaat. 15. Solat Zohor -solat sunat sebelum -solat sunat selepas 16. Solat Asar -solat sunat sebelum 17. Solat maghrib -solat sunat selepas 18. Solat Isya' -solat sunat sebelum -solat sunat selepas 19. Sebelum tidur baca : - Al-Quran - Surah Al-Mulk - Surah Sajjadah - Surah Al-Waqiah 20. Setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit. “Di dunia bukan tempat utk berehat, tetapi tempat utk beribadat." [Ustaz Ismail Kamus] @ImanQowiyy #copypaste #channeltelegram

Kisah BENAR Ayah, Anak Gadis dan PURDAH yang pasti menginsafkan Sesiapa yang Membacanya

Image
"Ayah, kenapa tak bagi saya pakai purdah? I love niqab so much!" Anak gadisnya yang baru daftar universiti itu mengajukan soalan yang sama sejak malam semalam. Ayahnya sejak malam tadi cuma senyum. Tapi, hari ini, nampaknya dia akan bersuara. "Ayah nak tanya satu soalan. Perhatikan pakaian kamu sekarang, adakah masih tidak menutup aurat?" Anaknya menggelengkan kepala. "Sudah cukup asas yang wajibnya. Sudah tutup yang mana wajib tutup. Adakah ayah nak halang saya dari pakai niqab sebagaimana pakaian isteri Nabi s.a.w.?" Ayahnya cuma tersenyum. "Tidak. Ayah bukan nak halang. Tidak juga menidakkan andai dikatakan purdah itu jua sunnah sebagaimana lelaki memakai serban. Sedikit pun bukan kerana hukum." Anaknya berpeluk tubuh, tidak puas hati. "Habis tu?" Ayahnya tenang. "Berapa ramaikah lelaki yang mengganggu kamu sampai saat ini? Seorang, dua orang atau dua puluh orang?" Anaknya berkerut kening. "Tidak sampai s

Pameran barang2 Rasululllah s.a.w

Image
Assalammualaikum warga blog. . Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t kerana telah memberi kesempatan padaku untuk melihat barang2 peninggalan junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. Terlalu lama diri ini berkeinginan untuk melihat sendiri barang2 peninggalan Baginda s.a.w . tercapai juga impianku. Terasa sayu melihat barang2 peninggalan Baginda. Haruman semerbak menemani para pengunjung. , AllahummasholialasyaidinaMuhammad waala aali syaidina Muhammad. . sentiasalah kita berselawat kepada baginda, moga kita memperolehi syafaat Baginda. Aamiinn, .

My little princess

Image
Assalammualaikum semua., ., fuhh, dh berabok blog hakak.,., akk minat menulis, tapi keadaan xberapa nak mengizinkan. ., Alhamdulillah usia 33 tahun Allah kurniaan cahaya mata pada awal tahun aritu, tanggal 1-1-2017 pukul 1.15 pagi. ., lahirlah puteri sulung hakak seberat 3,3 kg. Sudah tentu pengalaman seorg ibu di saat melahirkan zuriat kurniaan Allah merupakan satu pengalam yg indah. Di sebabkan hakak xde pengalaman nk melahirlan dekat 7 kali agaknya akk berulang hospital, smpai dokte kata tunggu betul2 sakit baru dtg spital, almaklum la anak sulung mana la kita tahu kn?. Smpai kn mak mertua pun xdan nk tgk cucu dan terpaksa pulang ke kampung, huhu.. . malam sebelum pergi ke hospital hakak dh rasa sakit2.,kua tnda darah sikit,  hakak tunggu lagi, , esok paginya keluar lagi tnda darah. ,,masa tu hakak dh pening2 . . hakak gagahkn la g spital.  Tawakal la kalo2 dokte suruh balik lgi, smpai je spital, proses mcm biasa, dokte dok bebel2 kata belum lagi,,pastu hakak ckp la yg hakak dh peni