Islam itu indah
Islam Itu Indah:
Apabila manusia mati maka ia akan ditanam dalam kubur. Pernahkah kita terfikir apa yang akan berlaku selepas itu. Alam yang dilalui selepas itu disebut alam Barzakh.
Alam Barzakh ialah alam kubur yang dialami oleh orang yang telah mati dan akan berpanjangan hingga hari kiamat.
Dalam Al-Qur’an serta Hadis sudah banyak digambarkan bagaimana pedihnya siksa azab pendam untuk manusia yang berdosa serta tak beriman pada Allah swt.
Tiap-tiap yang bernafas pastinya akan alami kematian, tidak kecuali manusia. Tak ada makhluk ciptaan Allah yang akal abadi kekal, semuanya bakal alami kematian dengan saat yang sudah tentukan Allah.
Pedihnya siksa kubur untuk manusia yang berdosa banyak digambarkan dalam Al-Qur’an serta hadis. Tiap-tiap manusia yang banyak lakukan dosa besar semasa hidupnya di dunia bakal memperoleh balasan berlipat lipat didalam kuburnya.
Sungguh celaka untuk tiap tiap manusia yg tidak beriman pada Allah serta banyak lakukan dosa sepanjang hidupnya di dunia lantaran semuanya perbuatan manusia bakal memperoleh ganjaran di akhirat nantinya bahkan juga di dalam pendam juga sudah dipertunjukkan untuk mereka.
Alam kubur adalah alam penantian menuju akhirat namun dalam alam ini Allah sudah memerlihatkan bagaimana ganjaran untuk tiap-tiap hambaNya yang patuh serta yang berdosa.
Untuk tiap-tiap hamba yang taqwa serta beriman pada Allah bakal memperoleh sarana kesenangan seperti di surga, namun untuk hamba yang membangkang serta banyak lakukan dosa semasa hidupnya bakal memperoleh siksa kubur yang sangat pedih.
Ada yang diseksa dan ada yang dilepaskan dari seksaan kubur. Ada yang disoal oleh Mungkar dan Nankir dan ada yang tidak. Ada yang dibuka pintu neraka dan ruhnya diseksa. Ada yang dibuka pintu syurga dan ruhnya diberi nikmat. Ada yang menghadapi fitnah kubur (Dihimpit).
Antara amalan yang 'meringankan' siksa kubur
Bersembahyang lima waktu dan menunaikan Rukun Islam serta semua suruhan Allah disamping menjauhkan yang dilarang.
Selalu membaca suruh Al Ikhlas terutama dalam kesakitan. Rasulullah bersabda: “Siapa membaca ‘Qul huwallaahu..ahad’ dalam kesakitan yang membawa matinya tidaklah ia menderita fitnah di dalam kubur dan terpeliharalah dia dari himpitan kubur dan di hari kiamat kelak ia akan dibawa oleh malaikat dengan telapak tangannya hingga terlepas ia dari titian Siratul Mustaqiim dan sampai ke syurga.” Riwayat At Tabrani.
Selalu membaca surah Al Mulk atau sekurangnya malam Jumaat. Rasulullah bersabda: “Siapa yang membaca setiap malam tabaarakallazi..adalah dia akan dicegahkan Allah dari siksaan kubur.” Riwayat An Nasaai.
Mati syahid iaitu mati kerana berjuang menegak kalimah Allah.
Mati dimalam atau disiang hari jumaat.
Mati sebab sakit dalam perut.
Mati sebab terbakar dan tengelam kerana dianiaya.
Tidak ditangisi mayat dikala kematiannya.
Selalu beri sedekah. Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya sedekah itu akan mengurangkan kepanasan (siksaan) kubur daripada orang yang selalu memberi sedekah dan hanya sesungguhnya orang mukmin itu akan bernaung dibawah naungan sedekahnya di hari kiamat.” Riwayat Tabrani.
Menyempurnakan wuduk dan membantu orang yang dianayai. Ibn Mas’ud meriwayatkan cerita dari Rasulullah bahawa ada seorang hamba Allah yang telah diperintahkan disebat 100 kali dalam kuburnya tetapi kerana ia selalu berdoa supaya dilepaskan dari azab kubur maka ia disebat sekali sahaja tetapi dengan sekali sebatan itu api telah memenuhi kuburnya. Kemudian dia bertanya malaikat sebab ia dipukul. Jawab malaikat ini disebabkan ia sembahyang dengan wuduk yang tidak sempurna dan ia pernah menemui orang yang dianayai tetapi tidak menolong.
Selalu berdoa agar dilindungi dari siksaan kubur. Rasulullah selalu berdoa yang membawa maksud “Ya Allah sesungguhnya aku memohon perlindungan Engkau dari siksaan neraka Jahannam, daripada siksaan kubur, daripada fitnah hidup dan mati dan daripada kejahatan al Masiih ad Dajjal.”
Selalu membaca Al Quran dan bila tamat hendaklah berdoa dengan doa yang bermaksud “Ya Allah perjinakkanlah keliaranku dari ketakutan dalam kubur.” Hadis riwayat Abi Umamah.
اللَّهُم
#copypaste
Comments
Post a Comment