Posts

Showing posts from October, 2017

Doa Dhuha

Image
Doa Dhuha بسم الله الرحمن الرحيم Allahumma Innadh Dhuha-A Dhuha-Uka Wal  Bahaa-A Bahaa-Uka Wal Jamaala Jamaaluka Wal Quwwata Quwatuka Wal Qudrata Qudratuka Wal Ishmata Ishmatuka Allahuma Inkaana Rizqi Fis Samma-I Fa Anzilhu Wan Inkaana Fil Ardhi Fa-Akhrijhu Wa Inkaana Mu’asiran Fayassirhu Wa Inkaana Haraaman Fathahhirhu Wa Inkaana Ba’idan Fa Qaribhu Bihaqqiduhaa-Ika Wa Bahaaika Wa Jamaalika Wa Quwwatika Wa Qudratika Aatini Maa Ataita Min’Ibadikash Shalihin Ya Allah Sesungguhnya Waktu Dhuha itu DhuhaMU Kecantikannya KecantikanMU Keindahannya KeindahanMU Kekuatannya KekuatanMU Kekuasaannya KekuasaanMU Perlindungannya PerlindunganMU Ya Allah Jika rezeki masih di langit, turunkanlah Jika di bumi, keluarkanlah Jika sukar, permudahkanlah Jika haram, sucikanlah Jika jauh, dekatkanlah Berkat waktu Dhuha KecantikanMU, keindahanMU KekuatanMU, kekuasaanMU Limpahkan kepadaku segala Yang Engkau telah limpahkan Kepada hamba-hambaMU yang soleh #cp  📚📚📚

AKHLAK BAGINDA RASULULLAH S.A.W

Image
AKHLAK RASULULLAH MUHAMMAD SAW ١. Baginda selalu diam. ٢. Berbicara ketika perlu. ٣. Perbicaraannya fasih, ringkas tetapi padat . ٤. Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dengan seseorang. ٥. Hatinya selalu sedih (inginkan umat dalam kebaikan dan terlepas dari azab الله  swt). ٦. Selalu menundukkan pandangan kerana tawaddu’. ٧. Berfikir terus-menerus. ٨. Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya. ٩. Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka, Baginda akan makan. Jika tidak, ditinggalkannya tanpa mencelanya. ١٠ . Tidak pernah marah yang ada kaitan dengan urusan dunia. ١١ . Marah bukan kerana nafsu. ١٢ . Apabila kebenaran dipermainkan, Baginda akan bangkit untuk berusaha mempertahankannya. ١٣ . Apabila marah Baginda akan memalingkan muka. ١٤ . Apabila suka Baginda akan memejamkan mata. ١٥ . Tidak pernah berkata kotor, berbuat keji dan melampaui batas. ١٦ . Tidak pernah berteriak-teriak di pasar. ١٧ . Tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan

Kata2 nasihat

Image
Setiap manusia tidak lari daripada menghadapi pelbagai masalah. Bila kita merasakan tidak ada tempat mengadu, hilang arah tujuan, ingatlah sesungguhnya tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala. Kembalilah kepada ALLAH, berserahlah sepenuhnya kepada ALLAH. Yakin lah Dia tidak pernah meninggalkan kita sendirian. Suburkanlah iman di hati dan selalu menginsafi diri. Sesungguhnya setiap ujian itu adalah pembuka jalan untuk kembali kepada ALLAH. Inilah caranya ALLAH menuntun kita agar tidak jauh daripadaNya. Mintalah pertolongan daripadaNya dengan menggandakan kuasa sabar dan memperbanyakkan solat. Perteguhkan tawakkal dan redha dengan takdirNya. Kembalilah kepada ALLAH dengan memilih jalan kehambaan. In sha ALLAH di situ akan ada tempat bagi melabuhkan jiwa yang kepenatan. Muhasabah Diri Segala Puji Bagi ALLAH. INGINKAN SYURGA PERLU ADA USAHA. Bersyukurlah Allah telah menjadikan kita sebagai seorang islam, kerana Allah telah memilih kita

Kata2 nasihat

IBRAH DARI SURAH AL KAHFI Isi penting surah al-Kahfi dimana terdapat empat (4) kisah utama didalamya. Dari sudut Ibrahnya, empat (4) kisah itu mengandungi setiap satunya membawa kepada tatacara menguruskan kehidupan iaitu: Kisah 1 - pengurusan spritual (aqidah) Kisah 2 - pengurusan fizikal (harta) Kisah 3 - pengurusan intelektual (ilmu) Kisah 4 - pengurusan emosional (authority) atau (kekuasaan) Cuba kita lihat pada kisah yang ketiga berdasar kepada peristiwa perjalanan Nabi Musa dan Khidir. Apa yang dapat kita cerap dari kisah ini??? Mengurus ilmu adalah mengurus disiplin ilmu,  membetulkan konsep asas ilmu, bagaimana membezakan ilmu itu dari Allah atau dari fitnah syaitan yang seumpamanya juga saperti fitnah harta, manusia yang terfitnah dengan ilmu dengan wujudnya rasa semakin banyak ilmu lebih rasa mulia berbanding dengan orang lain. Disamping itu ada ilmu yang tak dapat dipelajari melalui buku atau kelas tapi melalui pengalaman, pemerhatian dan perjalanan. Adalah silap j

Kata2 nasihat

TIGA FASA DALAM KEHIDUPAN MANUSIA 1. Di umur Remaja, kamu miliki masa dan tenaga. Tapi kamu tidak mempunyai harta. 2. Ketika fasa bekerja, kamu miliki harta dan tenaga. Tapi kamu tidak mempunyai masa. 3. Ketika fasa usia warga emas, kamu miliki harta dan masa. Tapi kamu tidak mempunyai tenaga. Inilah kehidupan. Ketika dianugerahkan sesuatu kepada kamu, diambil sesuatu yang lain dari kamu. Kita selalu percaya kehidupan orang lain lebih baik daripada kita. Orang lain pula percaya kehidupan kita lebih baik daripada mereka. Semua itu terjadi kerana kita kehilangan sesuatu yang penting dalam kehidupan kita dan ia adalah : (Merasa Cukup dan Bersyukur dengan Kecukupan ini) Yang hidup dikampung berasa nak ke bandar, yang dibandar pula ingin pulang ke kampung. Bila hujan, kita tanya bila nak kemarau. Di musim kemarau kita tanya bila la hujan nak turun. Bila duduk di rumah, rasa nak keluar, bila keluar pula rasa ingin  pulang ke rumah. Waktu sunyi kita nak kepada orang ramai, bila r

RENUNGAN

Berinteraksi Dan Bersabar Dengan Manusia عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُؤْمِنُ الَّذِي يُخَالِطُ النَّاسَ وَيَصْبِرُ عَلَى أَذَاهُمْ أَعْظَمُ أَجْرًا مِنْ الْمُؤْمِنِ الَّذِي لَا يُخَالِطُ النَّاسَ وَلَا يَصْبِرُ عَلَى أَذَاهُمْ Dari Ibnu Umar, Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin yang bercampur (berinteraksi) dengan manusia dan bersabar atas perbuatan buruk mereka lebih besar ganjaran untuknya dari mereka yang tidak bercampur (berinteraksi) dengan manusia dan tidak bersabar atas perbuatan buruk mereka." (HR Ibnu Majah No: 4022) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 📚Kewujudan kita di tengah-tengah masyarakat Islam dan bukan Islam atau masyarakat yang tidak menghayati Islam adalah suatu yang dipuji. Kehadirannya menjadi sumber peluang bagi memperoleh kebaikan yang banyak bagi sesiapa yang bersifat positif dan mahu meraihnya. 📚Keberadaan muslim dalam kelompok manusia merupakan peluang untuk menyampaikan dakwah, menjadi pen

NASIHAT² KEHIDUPAN:

Image
TIGA FASA DALAM KEHIDUPAN MANUSIA 1. Di umur Remaja, kamu miliki masa dan tenaga. Tapi kamu tidak mempunyai harta. 2. Ketika fasa bekerja, kamu miliki harta dan tenaga. Tapi kamu tidak mempunyai masa. 3. Ketika fasa usia warga emas, kamu miliki harta dan masa. Tapi kamu tidak mempunyai tenaga. Inilah kehidupan. Ketika dianugerahkan sesuatu kepada kamu, diambil sesuatu yang lain dari kamu. Kita selalu percaya kehidupan orang lain lebih baik daripada kita. Orang lain pula percaya kehidupan kita lebih baik daripada mereka. Semua itu terjadi kerana kita kehilangan sesuatu yang penting dalam kehidupan kita dan ia adalah : (Merasa Cukup dan Bersyukur dengan Kecukupan ini) Yang hidup dikampung berasa nak ke bandar, yang dibandar pula ingin pulang ke kampung. Bila hujan, kita tanya bila nak kemarau. Di musim kemarau kita tanya bila la hujan nak turun. Bila duduk di rumah, rasa nak keluar, bila keluar pula rasa ingin  pulang ke rumah. Waktu sunyi kita nak kepada orang ramai, bila ra

NASIHAT² KEHIDUPAN

DIA memberiku hidup, tapi aku selalu lupa akan kematian. DIA meberikan ku sihat, tapi aku hanya ingat ketika sakit. DIA memberiku nafas, tapi aku sering lupa berterima kasih. DIA memberiku tangan dan kaki, tapi aku menggunakannya untuk bermaksiat. DIA memberiku rezeki, tapi aku tidak ingat siapa pemberinya. DIA selalu memaafkan segala kesalahan, tapi aku selalu mengulanginya lagi. DIA selalu memberiku harapan, tapi aku justeru mengambil keputus asa an. DIA memberiku rasa cinta, tapi aku menyalah gunakan rasa itu. Ketika ingat semua hal itu, kita harus malu. Semoga renungan ini bermanfaat... @quotephotovideo Suatu hari, aku bertanya kepada guru. Aku : "Bagaimana caranya agar kita mendapatkan sesuatu yang paling sempurna dalam hidup..?" Guru : "Berjalanlah lurus di taman bunga, lalu petiklah bunga yang paling indah dan jangan kembali kebelakang..!" Setelah berjalan dan sampai di hujung taman, aku kembali dengan tangan kosong. Lalu Guru bertanya