Solat Qasar dan Solat Jamak
Solat QASAR ialah memendekkan solat empat rakaat kepada dua rakaat. Ia adalah kemudahan dan keringanan yang diberi oleh Allah SWT kepada mereka yang berada dalam musafir yang diharuskan oleh syarak. Solat yang boleh diqasarkan ialah solat empat rakaat sahaja iaitu Zohor, Asar dan Isyak . Solat Subuh dan Maghrib tidak boleh diqasarkan dengan ijmak ulama kerana solat Subuh jika diqasarkan bilangan rakaatnya tidak menjadi genap(ganjil) manakala solat Maghrib tidak boleh diqasarkan menjadi dua rakaat (kerana bilangan rakaatnya tiga rakaat pada asalnya), juga tidak boleh diqasarkan kepada satu rakaat kerana satu rakaat adalah bilangan yang ganjil. (Al-Muktamad, jil 1, hal 458-459 / Panduan Solat Musafir, hal 10) * Solat jamak ialah menghimpunkan dua solat fardhu ke dalam satu waktu. Solat-solat yang boleh dijamakkan ialah antara Zohor dan Asar serta antara Maghrib dan Isyak. Para ulama bersepakat bahawa melaksanakan solat jamak takdim antara Zohor dan Asar pada hari Arafah dan jamak ta