Posts

Showing posts from August, 2018

Sedikit

SEDIKIT. Amat sedikit orang yang beriman. Amat sedikit orang yang bertaqwa. Amat sedikit orang yang bersyukur. Amat sedikit orang yang faham islam. Amat sedikit orang yang amalkan Islam sungguh-sungguh. Amat sedikit orang yang sungguh-sungguh nak tinggalkan maksiat. Amat sedikit orang yang bertaubat dari dosa. Amat sedikit orang yang menangis di tengah malam merindui ALLAH. Amat sedikit orang yang berdakwah mengajak kepada kebaikan. Amat sedikit orang yang mentarbiah manusia, membina manusia dan berusaha menjadi asbab hidayah buat manusia. Dan... Amat sedikit orang yang AMAL apa yang dia CAKAP. Umar Alkhattab sering berdoa: "Ya ALLAH, jadikanlah aku di kalangan orang yang sedikit". Kerana apa? Kerana, amat sedikit orang yang masuk syurga. 😢 Ampunkan kami Ya ALLAH! @quotephotovideo 😔😔😔

Sahabat yang ku sayang..

Sahabat yang ku sayang.. Kerinduan bertemu Allah subhanahu wa ta’ala umpama angin semilir yang menerpa qalbu, membuatnya sejuk dengan menjauhi gemerlapnya dunia. Siapapun yang menempatkan qalbunya di sisi Rabb-nya, ia akan merasa tenang dan tenteram. Dan siapapun yang melepaskan qalbunya di antara manusia, ia akan semakin gundah gulana. Ingatlah! Kecintaan terhadap Allah tidaklah akan masuk ke dalam qalbu manusia yang mencintai dunia. Ketahuilah wahai sahabat Jika Allah subhanahu wa ta’ala cinta kepada seorang hamba itu, maka Allah subhanahu wa ta’ala akan memilih dia sebagai tempat pemberian nikmat-nikmat-Nya, dan Ia akan memilihnya di antara hamba-hamba-Nya, sehingga hamba itu pun akan menyibukkan dunianya hanya dengan ibadah kepada Allah. Lisannya senantiasa basah dengan berzikir kepada-Nya, anggota badannya selalu dipakai untuk berkhidmat kepada-Nya. Ya Allah, cintailah aku dan keluargaku.janganlah Kau berpaling dari kami... Pilihlah kami sebagai tempat pemberian nikmat-nikm

LAA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH

Allah melapangkan bagimu, supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan, Dan Allah menyempitkan bagimu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, Dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, Supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah. Allah mengubah-ubah keadaanmu dari sedih ke gembira, dari sihat ke sakit, dari kaya ke miskin, dari terang ke gelap, Supaya mengerti bahawa engkau tidak bebas dari hukum ketentuanNya, Supaya selalu engkau berdiri di atas landasan LAA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH (Tidak ada daya untuk mengelakkan sesuatu dan tidak ada kekuatan untuk melaksanakan sesuatu, kecuali dengan pertolongan Allah ta’ala). Firman Allah: Supaya kamu tidak sedih (menyesal) terhadap apa yang terlepas dari tanganmu, dan tidak gembira atas apa yang diberikan kepadmu. @quotephotovideo 🍄🍄🍄 #cp

Petua kasih sayang sebagai ikhtiar

Petua kasih sayang sebagai ikhtiar. Siapa lah yang tidak mau selalu disayang dan dicintai oleh pasagannya? Semua orang pastilah mau kan. Istri ingin disayang suami dan suami ingin selalu dicintai istrinya. Jika suami istri sudah saling menyayangi maka akan tercipta keluarga dan rumah tangga yang sakinah, penuh mawaddah dan rahmah. Apakah sekarang banyak suami yang tidak sayang sama istri? Mungkin juga ya...sebab banyak yang mencari doa agar selalu disayang suami. Padahal sudah nampak cantik, pelayanan juga memuaskan tapi suami biasa saja. Jangan khawatir ini ada beberapa amalan dan petua yang boleh diamalkan di rumah. Bahkan juga dibaca oleh oleh suami. Nanti semak kat quran. Sini cuma bagi terjemahan dan nombor ayat je. AMALKAN MEMBACA SURAT ALI ' IMRAN AYAT 31 Firman Allah : Katakanlah (wahai Muhammad) "Jika benar kamu mencintai Allah ikutilah aku niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa dosamu . Dan Ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi" Ke