Doa Usaha Ikhtiar Tawakal

*Bertawakkal Seperti Burung*

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ
Abu Hurairah radiallahu 'anhu meriwayatkan Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

« يَدْخُلُ الْجَنَّةَ أَقْوَامٌ أَفْئِدَتُهُمْ مِثْلُ أَفْئِدَةِ الطَّيْرِ ».
Akan masuk ke dalam syurga kelompok manusia yang hati mereka seperti hati burung.
[Sahih Muslim, Kitab al-Jannah, hadis no: 7341]

عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم-
'Umar bin al-Khattab radiallahu 'anhu berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

« لَوْ أَنَّكُمْ كُنْتُمْ تَوَكَّلُونَ عَلَى اللَّهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرُزِقْتُمْ كَمَا تُرْزَقُ الطَّيْرُ تَغْدُو خِمَاصًا وَتَرُوحُ بِطَانًا ».
Seandainya kalian bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, nescaya kalian akan diberikan rezeki sebagaimana burung diberi rezeki. Ia keluar pada waktu pagi dalam keadaan perut yang kosong, dan pulang dalam keadaan kenyang.
[Sunan at-Tirmizi, Kitab az-Zuhd, hadis no: 2344, hadis hasan sahih]

1- Tawakkal ialah usaha yang disertai penyerahan sepenuhnya kepada Allah.

2- Burung keluar mencari makanan walau dia sendiri tidak pasti adakah dia akan pulang dengan membawa makanan atau tidak.

3- Manusia perlu keluar bekerja, berusaha, dan serahkan natijah atau hasilnya untuk Allah yang tentukan.

4- Usaha adalah kerja manusia, rezeki adalah daripada Allah.

5- Tidak berusaha bukanlah tawakkal, kerana tawakkal terpuji ialah yang disertai usaha sebagaimana burung yang keluar mencari makanan.

Dr Abdul Basit Abdul Rahman

#copypaste
#mogamanfaat

Comments

Popular posts from this blog

Perkongsian bersama

Kehidupan yang abadi. .