Aurat seorang perempuan
🌹 Aurat seorang perempuan 🌹
Perempuan ni special di sisi Allah , sebab tu Allah letakkan batas pergaulan & aurat perempuan lebih hebat daripada lelaki 🙂
Sebab apa ? Sebab maruah seorang perempuan itu sangat mahal dan ianya tidak boleh dibeli 😇
Dalam Islam , Allah telah melatakkan beberapa jenis batas aurat yang perempuan kena jaga. Antaranya
- Aurat ketika solat
- Aurat ketika bersendirian
- Aurat bersama mahram
- Aurat bersama wanita kafir
Baiklah sebelum tu jom kita faham dulu apa itu aurat 🤔
Pengertian Aurat
✒ Aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah feqah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.
Di dalam islam terdapat beberapa keadaan di mana masyarakat islam dibenarkan membuka aurat dan ia hanya pada orang-orang yang tertentu. Di dalam risalah ini akan diterangkan beberapa perkara yang bersangkutan dengan aurat untuk dijadikan renungan dan tatapan bersama.
Allah SWT telah menurunkan perintah menutup aurat dalam al-Quran dalam surah Al-Ahzab ayat 33 dan 59 📖 boleh rujuk Quran ye sahabt sekalian
Asas Aurat
Lelaki - dari pusat hingga ke lutut
Perempuan - seluruh tubuh badan KECUALI muka dan tapak tangan
Aurat lelaki tidak berubah , manakala aurat perempuan ni berubah-ubah dalam keadaan tertentu :
✒️ 1. Aurat Ketika Sembahyang
Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
✒️ 2. Aurat Ketika Sendirian
Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut. Ini bererti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat antara pusat dan lutut.
✒️ 3. Aurat Ketika Bersama Mahram
Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah antara pusat dan lutut. Walau pun begitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri.
Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tatsusila wanita terutana dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang yang tidak diingini tidak akan berlaku.
Oleh itu, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan dapat menutup syahwat lelaki. Pakaian yang digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh.
Islam juga telah menggariskan mahram bagi seorang perempuan/wanita :
✒️ 1.Suami
✒️ 2.Ayah,termasuk datuk belah ibu dan bapa
✒️ 3.Ayah mertua
✒️ 4.Anak-anak lelaki termasuk cucu sama ada dari anak lelaki atau perempuan
✒️ 5. Anak-anak suami
#KetenanganUmat
#sharingIsCaring
Comments
Post a Comment