Kata2 nasihat

Setiap manusia tidak lari daripada menghadapi pelbagai masalah.

Bila kita merasakan tidak ada tempat mengadu, hilang arah tujuan, ingatlah sesungguhnya tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.

Kembalilah kepada ALLAH, berserahlah sepenuhnya kepada ALLAH.

Yakin lah Dia tidak pernah meninggalkan kita sendirian. Suburkanlah iman di hati dan selalu menginsafi diri.

Sesungguhnya setiap ujian itu adalah pembuka jalan untuk kembali kepada ALLAH. Inilah caranya ALLAH menuntun kita agar tidak jauh daripadaNya.

Mintalah pertolongan daripadaNya dengan menggandakan kuasa sabar dan memperbanyakkan solat.

Perteguhkan tawakkal dan redha dengan takdirNya. Kembalilah kepada ALLAH dengan memilih jalan kehambaan.

In sha ALLAH di situ akan ada tempat bagi melabuhkan jiwa yang kepenatan.

Muhasabah Diri
Segala Puji Bagi ALLAH.

INGINKAN SYURGA PERLU ADA USAHA.

Bersyukurlah Allah telah menjadikan kita sebagai seorang islam, kerana Allah telah memilih kita untuk di masukkan ke dalam syurgaNya.

Jadi apa yang perlu kita lakukan adalah berusaha dan buktikan yang kita layak menjadi penghuni syurga Allah SWT.

Jom Mulakan Langkah....

Firman Allah yang bermaksud:

"Umat Islam yang sentiasa bersabar untuk memperoleh keredhaan Allah, mendirikan solat, membelanjakan sebahagian rezekinya secara rahsia dan menolak kejahatan dengan kebaikan adalah golongan yang bakal memperoleh tempat tinggal sempurna iaitu syurga". (Ar-Raad: 22)

Firman Allah yang bermaksud:

"Berlumba-lumbalah menuju kepada pengampunan Allah untuk masuk ke dalam syurga yang seluas langit dan bumi sebagaimana disediakan untuk mereka yang bertakwa". (Ali-Imran: 133)

Moga Bermanfaat ⛵️⛵️⛵️

Comments

Popular posts from this blog

Perkongsian bersama

Kehidupan yang abadi. .