Kata2 nasihat

IBRAH DARI SURAH AL KAHFI

Isi penting surah al-Kahfi dimana terdapat empat (4) kisah utama didalamya.

Dari sudut Ibrahnya, empat (4) kisah itu mengandungi setiap satunya membawa kepada tatacara menguruskan kehidupan iaitu:

Kisah 1 - pengurusan spritual (aqidah)
Kisah 2 - pengurusan fizikal (harta)
Kisah 3 - pengurusan intelektual (ilmu)
Kisah 4 - pengurusan emosional (authority) atau (kekuasaan)

Cuba kita lihat pada kisah yang ketiga berdasar kepada peristiwa perjalanan Nabi Musa dan Khidir.

Apa yang dapat kita cerap dari kisah ini???

Mengurus ilmu adalah mengurus disiplin ilmu,  membetulkan konsep asas ilmu, bagaimana membezakan ilmu itu dari Allah atau dari fitnah syaitan yang seumpamanya juga saperti fitnah harta, manusia yang terfitnah dengan ilmu dengan wujudnya rasa semakin banyak ilmu lebih rasa mulia berbanding dengan orang lain.

Disamping itu ada ilmu yang tak dapat dipelajari melalui buku atau kelas tapi melalui pengalaman, pemerhatian dan perjalanan. Adalah silap jika mengukur peribadi, karakter, pekerti dan keilmuan manusia melalui segulung sijil atau lepasan universiti sahaja.

Penuntut ilmu yang benar dan hanya menjadi mulia bila semakin bertambah ketundukan hatinya kepada Allah yang Maha Esa dan tunduk, rukuk, sujud menyungkur dengan apa sahaja yang datang diredhai olehNya

Moga Bermanfaat

Comments

Popular posts from this blog

Perkongsian bersama

Petua kasih sayang sebagai ikhtiar