Solat Qasar dan Solat Jamak

Solat QASAR ialah memendekkan solat empat rakaat kepada dua rakaat. Ia adalah kemudahan dan keringanan yang diberi oleh Allah SWT kepada mereka yang berada dalam musafir yang diharuskan oleh syarak.

Solat yang boleh diqasarkan ialah solat empat rakaat sahaja iaitu Zohor, Asar dan Isyak. Solat Subuh dan Maghrib tidak boleh diqasarkan dengan ijmak ulama kerana solat Subuh jika diqasarkan bilangan rakaatnya tidak menjadi genap(ganjil) manakala solat Maghrib tidak boleh diqasarkan menjadi dua rakaat (kerana bilangan rakaatnya tiga rakaat pada asalnya), juga tidak boleh diqasarkan kepada satu rakaat kerana satu rakaat adalah bilangan yang ganjil.

(Al-Muktamad, jil 1, hal 458-459 / Panduan Solat Musafir, hal 10)

*Solat jamak ialah menghimpunkan dua solat fardhu ke dalam satu waktu.

Solat-solat yang boleh dijamakkan ialah antara Zohor dan Asar serta antara Maghrib dan Isyak. Para ulama bersepakat bahawa melaksanakan solat jamak takdim antara Zohor dan Asar pada hari Arafah dan jamak tak’hir antara Maghrib dan Isyak ketika berada di Muzdalifah adalah sunat. (Ini adalah khusus untuk mereka yang mengerjakan ibadah haji)

Jumhur ulama (Malikiyyah, Syafieyyah dan Hanabilah) berpendapat harus melaksanakan
solat jamak pada keadaan selain dari keadaan di atas (termasuk ketika musafir).
(Mughnil Muhtaj, jil 1, hal 380/Masail Fil Fiqh Al-Muqarin, hal 69).  

Jamak Takdim
Solat Zohor dijamakkan dengan Asar dalam waktu Zohor dan Solat Maghrib dengan Isyak dalam waktu Maghrib.

Syarat Jamak Takdim :
 
i.Hendaklah dimulakan solat pada waktu yang pertama seperti Zohor kemudiannya diikuti dengan Asar dan Maghrib kemudiannya Isyak
ii.Niat Jamak dalam solat yang pertama pada permulaan takbiratul ihram
iii.Berturut-turut (Muawwalat) antara solat yang pertama dengan solat yang kedua. . .

Jamak Takhir
Zolat Zohor dijamakkan dengan Asar dan dilakukan dalam Waktu Asar. Manakala solat Magrib dilakukan pada Waktu Isyak.

Syarat Jamak Takhir :
 
i. Hendaklah diniatkan di dalam hati pada waktu yang pertama yang ia akan menangguhkan solatnya hingga ke waktu yang kedua.
ii.Masih berada dalam musafir hingga selesai kedua-dua solat.

#COPYPASTE. . SHARING IS LOVING. .

Comments

Popular posts from this blog

Perkongsian bersama

Petua kasih sayang sebagai ikhtiar