PETUA MURAH REZEKI. .

ALLAH DAH BAGI TIPS. JADI TERPULANG PADA KITA NAK
MENGAMALKNNYE ATAU TIDAK. .
Bersyukur dengan nikmat dan pemberian Allah merupakan salah satu petua murah rezeki. Di google terdapat 433 000 hasil dapatan mengenai petua murah rezeki ini. Ramai yang ingin berkongsi mengenai petua murah rezeki ini. Alhamdulillah, kita bersyukur dan belajar daripada mana yang betul dan meninggalkan mana-mana yang bersalahan dengan hadis Rasulullah dan Al-quran.
Panduan, tips, rahsia, teknik bagaimana, kaedah cara, petua murah rezeki ini bolehlah dihuraikan seperti yang dibawah ini.
Semoga kita mendapat pengajaran dan cuba mengamalkan panduan, tips, rahsia, teknik bagaimana, kaedah cara, petua murah rezeki ini. In sha Allah jadikan amalan jika ianya bertepatan dengan as-sunnah dan ayat al-quran.
1. Selalu berusaha dengan sebaik-baiknya, baik sebagai pengusaha, pegawai, pekerja, pedagang, dan lain-lain yang pada dasarnya dapat menghasilkan wang.
Firman Allah : ” Dialah Allah yang menjadikan Bumi ini mudah bagi Kamu, maka berjalanlah disegala penjuru dan makanlah sebagian dari Rezeki-NYA. Dan hanya kepada-NYA lah kamu ( kembali setelah ) dibangkitkan “. (QS Al Mulk : 15)
2. Bertakwa dalam erti menjalankan segala perintah Allah serta menjauhi segala larangan-NYA.
Firman Allah : ” Dan barang siapa yang bertakwa pada Allah, maka baginya akan diberikan jalan keluar dan akan diberikan Rezeki yang datangnya tanpa disangka-sangka “.QS Ath Tholaq : 2-3petua murah rezeki
Keberkatan Rezeki.. Itu Yang Dicari !
3. Banyak membaca Istighfar. Iaitu memohon keampunan dari Allah SWT, atas segala dosa dan kesalahan.
Firman Allah : ” Mohonlah Keampunan kepada Tuhanmu, sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun, nescaya DIA akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan pula sungai-sungai “. (QS Nuh : 10-12)
” Memperbanyak Istighfar itu dapat mendatangkan (menarik) rezeki ” (Lubabu al Hadits)
4. Bertawakal kepada Allah iaitu berserah diri dan menyandarkan segala urusan kepada Allah jua, seraya mohon pertolongan atas keberhasilan untuk memperoleh Rezeki yang lapang dan halal.
Firman Allah : ” Dan barang siapa ber Tawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan ( keperluan )-nya “. ( QS Ath Thalaq : 3 )
5. Berdoa memohon dengan berzikir, kerana Allah s.w.t. adalah Dzat yang memberi rezeki dan kekuatan. Berdoa dengan mendekat pada Allah (Ber Taqarrub )
Firman Allah : ” Berdoalah kepada-KU ( Allah ) nescaya AKU
(Allah) akan mengabulkannya “.(QS Al- Mukmin : 60)
6. Bermurah Hati serta gemar mengInfaqkan sebahagian dari harta bendanya ke jalan Allah.
Firman Allah : ” Dan apa saja yang engkau Infaqkan, maka Allah akan mengganti. Dan DIA-lah sebaik-baik Pemberi Rezeki “. (QS Saba’ : 39)
7. Bertahmid, iaitu membaca Al-Hamdulillah ketika mendapat rezeki atau mendapatkan sesuatu yang menggembirakan. Bertahmid itu ertinya memuji dan bersyukur atas pemberian NikmatNYA itu. Allah akan selalu menambah rezeki orang-orang yang bersyukur.
Firman Allah : ” Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami (Allah), akan menambah nikmat kepadamu, dan jika kamu mengingkari ( Nikmat-KU ), sesungguhnya Azab-KU sangat pedih ” (QS Ibrahim : 7).
Demikianlah 7 panduan, tips, rahsia, teknik bagaimana, kaedah cara, petua murah rezeki ini. Semoga kita mendapat manfaat dari perkongsian ini. In sha Allah
*copy paste. .
 

Comments

Popular posts from this blog

Perkongsian bersama

Petua kasih sayang sebagai ikhtiar