adakah wali Allah yang muncul dalam mimpiku?

Assalammualaikum blogku yg sepi. . . Di sini aku ingin berkongsi pengalamanku bermimpi bertemu wali Allah. Wallahualam. .
Dulu aku seorang yang lalai, sentiasa leka dengan hal dunia. Solat pun aku lakukan mengikut mood diriku. . Pada satu malam, aku bermimpi di kejar sekumpulan manusia yang aneh di dalam gelap yang samar. . Dalam keadaan aku lari ketakutan, aku terjatuh kedalam satu lubang yang dalam,sampai je ke dasar lubang, ade satu tempat yang sangat terang. . Di pertengahan tempat itu,ade seorang hamba Allah sedang tidur. Memakai jubah,berjanggut serta berserban. .wajahnya SUBHANALLAH memang menenagkan jiwa.  Dalam keadaan aku yang masih tercunggap-cunggap, hamba Allah tu bangun dan memandang ke arahku dalam senyuman. .sungguh indah wajahnya. . Dia terus melaungkan azan. . Sungguh merdu,syahdu dan mmbuatku menitiskan airmataku. . Seumur hidupku, aku xpernah melihat wajah sesuci itu. .SUBHANALLAH adakah beliau Baginda Rasulullah yang kita cintai atau wali Allah yang ingin menyedarkn diriku dari lalai. . Sesudah beliau melaungkan azan. Aku tersedar dari mimpi dan azan subuh berkumandang. . Terima kasih Ya Allah,hamba tau hamba tak layak bermimpi Baginda, hamba bersyukur kerana Engkau hadirkan wali-Mu yang sungguh indah wajahnya. . Bimbing la hamba-Mu ini Ya Allah. .Ya Rahman Ya Rahim. .

Comments

Popular posts from this blog

Perkongsian bersama

Petua kasih sayang sebagai ikhtiar